1969.

Tahukah anda semasa rusuhan 1969, Lim Kit Siang pernah cuba memisahkan semenanjung kepada 2 iaitu Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina.

Tan Sri Hanif Omar mengimbau pada ketika itu Parti Perikatan telah membentuk gabungan Barisan Nasional berikutan rusuhan kaum 1969. “Masa itu Parti Perikatan bentuk Barisan Nasional sebab pada masa itu negara kita hampir hancur. DAP pula minta Malaya dibahagi kepada dua.

“Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina. Jadi jawapan saya macam mana? Saya masukkan Lim Kit Siang dalam penjara.

“Dua tahun dia dalam tu. Itu cara dia cara Hanif ambil tindakan semasa menjadi Ketua Polis Negara,” katanya, pada suatu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, petik Sinar Harian hari ini.

Walaupun itu kisah 1969 tetapi apa bezanya ketika mereka PH memerintah negara selam 22 bulan. Apa DAP buat ketika itu adalah cuba menandatangani ICERD dan Statute Rom untuk mengubah perlembagaan negara.

DAP juga mencabul undang-undang negara dengan menjalankan keadilan secara membabi-buta sehingga kes pembunuhan Muhammad Adib dibiarkan begitu sahaja dan kes pengganas LTTE dari ADUN DAP mendapat pembelaan penuh DAP.

Lim Guan Eng semasa jadi Menteri Kewangan sengaja cuba membuat firesale semua aset melayu islam dan memindahkan aset Tabung Haji keluar malah membuat pinjaman luar diketika kewangan negara kukuh. Apa motifnya?

Itu belum termasuk kebiadapan DAP dan NGO di bawah DAP menghina raja-raja melayu malah menghasut orang melayu yang taksub supaya jangan takut untuk menjadi sedemikian. Malah jika ditangkap DAP akan tampil membela.

Inikah dimaksudkan Mahathir melayu bacul kerana takutkan DAP dan tak berani bersama-sama DAP sekali lagi.

Jadi tidak hairanlah kenapa rumah DS Najib dirempoh macam pengganas ketika 2 ramadhan ketika baru berberapa hari BN tumbang ditangan PH. Rupa-rupanya lebih banyak yang kita belum ketahui akan perancangan DAP.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s